Mesyuarat Penganjuran KOT Kali Ke-27

28 Januari 2020 - Mesyuarat Penganjuran KOT PKP Arau kali ke-27 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Pauh mulai pukul 2.30 petang telah dihadiri oleh semua Guru Besar sekolah-sekolah dalam PKP Arau.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar SK Paih, Encik Mohd Nadzari bin Baharom telah memutuskan pembentukan jawatankuasa kerja bagi melaksanakan kejohanan pada 19 dan 20 Februari 2020 di Mini Stadium SMK Syed Hasan, Kangar. Semua sekolah dalam PKP Arau telah dilantik untuk melaksanakan tugas-tugas meliputi agihan bidang tugas yang diamanahkan. Mesyuarat juga telah memutuskan tarikh akhir penyerahan borang penyertaan kejohanan pada 14 Februari 2020.

Taklimat pegawai kejohanan akan diadakan pada 17 Februari 2020 di SK Pauh dan mesyuarat pelarasan pengajuran bersama kejohanan antara PKP Arau dan PKP Tambun tulang akan ditetapkan setelah mendapat persetujuan daripada pihak PKP Tambun Tulang. Mesyuarat berjaya mencapai agendanya dan berakhir pada pukul 4.00 petang.