PANDUAN SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA
KEJOHANAN OLAHRAGA PKP ARAU
1.
URUSETIA
- Meninjau tempat untuk pertandingan dan membuat persiapan awal.
- Mengendalikan mesyuarat dengan pengurus- pengurus pasukan sekolah.
- Menyediakan aturcara kejohanan.
- Menyelaras tugas- tugas dan jawatankuasa hadiah dan jawatankuasa- jawatankuasa lain untuk menjamin kelancaran perjalanan kejohanan PKP Arau.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan mengikut garis panduan yang disediakan.
- Menetapkan tarikh tutup penyertaan dan mengadakan mesyuarat pengurus pasukan.
2.
AJK TEKNIK DAN PERTANDINGAN
- Menyediakan borang pertandingan untuk 9 buah sekolah yang mengambil bahagian.
- Member maklumat awal tentang acara dan jumlah penyertaan kepada sekkolah yang mengambil bahagian.
- Memproses dan mengisi borang pertandingan.
- Menentukan peserta- peserta yang layak ke pusingan seterusnya.
- Memanggil mesyuarat juri rayuan jika sekiranya berlaku bantahan dari pasukan- pasukan yang bertanding.
- Menetapkan nombor abjad kepada para peserta yang mengambil bahagian.
- Menyediakan ukuran yang betul untuk balapan/ padang tempat kejohanan.
3.
AJK PEGAWAI KEJOHANAN
- Mengenal pasti pegawai- pegawai teknikal yang bertauliah untuk lantikan.
- Mengadakan taklimat untuk pegawai kejohanan.
- Melantik sekurang- kurangnya 5 orang pegawai yang mempunyai sijil KOM.
- Mendapatkan surat perlantikan pegawai daripada urusetia.
- Memastikan setiap ketua pegawai kejohanan mempunyai sesalinan peraturan pertandingan.
- Mengagihkan tugas pegawai- jadual tugas.
- Membuat pendaftaran kehadiran pegawai bertugas dan bayaran elaun.
- Bekerjasama dengan jawatankuasa pertandingan, teknik dan alatan.
- Menyediakan pegawai simpanan.
- Pegawai kejohanan yang terdiri daripada :
1. Pengurus Kejohanan
2. Pen. Pengurus Kejohanan
3. Pengurus Teknik
4. Pen. Pengurus Teknik
5. Marsyal
6. Referi Balapan
7. Referi Padang
8. Ketua Penyelia Peserta
9. Juri Rayuan
10. Penyelia Peserta
11. Penjaga Masa
12. Hakim Balapan
13. Pengadil
14. Pelepas dan Pelepas Panggil
Balik
15. Penolong Pelepas
16. Hakim Lompat Tinggi
17. Hakim Lontar Peluru
18. Hakim Lompat Jauh
19. Pencatat Statistik
20. Juru Acara
21. Wakil Teknik
4.
AJK HADIAH/ SIJIL/ CENDERAHATI
- Menyelaras atur cara penyampaian hadiah semasa kejohanan berlangsung.
- Menerima dan menyemak dan memastikan bahawa bilangan hadiah yang diterima menepati senarai acara kejohanan daripada urusetia sebelum kejohanan.
- Mengumpul/ menyediakan piala- piala pusingan.
- Menyediakan dan mengeluarkan surat jemputan untuk tetamu / guru besar yang akan menyampaikan hadiah.
- Menyediakan cenderahati untuk pegawai- pegawai dan tetamu VIP yang hadir.
- Menyediakan pembantu untuk majlis penyampaian hadiah dan penerima hadiah.
- Memastikan penerima hadiah berpakaian sukan dan berkasut.
- Menyediakan selingan muzik semasa upacara penyampaian hadiah.
- Mengadakan satu sistem yang membolehkan pemenang- pemenang untuk berkumpul bagi menerima hadiah mereka.
- Hadiah disediakan untuk individu pertama, kedua dan ketiga dan berkumpulan.
- Menyediakan peralatan untuk penyampaian hadiah (meja, talam dan alas) dan tempat hadiah “ podium”.
5.
AJK BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN
- Mengumpul maklumat yang diperlukan untuk menyediakan buku program.
- Mengedarkan buku program semasa upacara pembukaan dan penutup kepada tetamu/ jemputan.
- Mengedarkan buku- buku program kepada semua AJK kejohanan.
- Memastikan jumlah buku yang diedarkan mencukupi.
- Membuat surat jemputan kepada semua Guru Besar dan semua warga PKP Arau untuk hadir menyaksikan Kejohanan Balapan Dan Padang dan majlis pembukaan dan penutupan.
- Menyediakan/ menghantar surat jemputan untuk VIP pembukaan dan penutupan.
- Menyambut para tetamu jemputan.
6.
AJK PERASMIAN/ PENUTUP
- Menyelaras acara pembukaan dan penutup.
- Menyediakan pasukan pancaragam sekolah untuk acara pembukaan/penutup.
- Menyediakan papan tanda pasukan yang mengambil bahagian.
- Menyediakan pasukan Unit Beruniform untuk upacara membawa bendera dan menaik/ menurun bendera kejohanan.
- Menentukan susunan tempat untuk pasukan- pasukan yang mengambil bahagian dalam upacara pembukaan/ penutup.
- Menyediakan seorang murid untuk membaca ikrar kejohanan.
- Menentukan VIP yang datang untuk majlis pembukaan dan penutupan.
- Menyediakn pengacara untuk majlis pembukaan dan penutup.
- Menyediakan tiang untuk bendera kejohanan dan sekolah yang mengambil bahagian.
- Menyedia dan menghias khemah untuk VIP.
- Bertanggungjawab sepenuhnya untuk majlis pembukaan dan penutupan.
7.
AJK MAKANAN
- Menempah makanan dan minuman untuk para tetamu.
- Menyediakan tempat/ bilik untuk jamuan.
- Memilih menu.
- Menyediakan alatan untuk jamuan.
- Menentukan jumlah jemputan untuk jamuan.
- Menyambut para jemputan ke majlis jamuan.
- Menempah makanan minuman untuk para pegawai dan pembantu padang.
- Menyediakan pembantu untuk mengedarkan makanan dan minuman kepada pegawai/ pembantu padang.
- Memilih menu dan membuat jadual menu sepanjang kejohanan berlangsung.
- Mengedar makanan dan minuman kepada pegawai / pembantu padang.
- Membersihkan dan mengemas semula tempat mengadakan jamuan.
- Memulangkan semua peralatan yang dipinjam.
8.0
AJK PERSIAPAN PADANG/ TREK
- Menyediakan tempat dan alatan yang perlu mengikut ukuran dan spesifikasi yang dikehendaki.
- Menyediakan label- label di padang.
- Memasang banting di tempat kejohanan.
- Memastikan balapan dan padang selamat untuk digunakan.
9.0
AJK KEBERSIHAN
- Menyediakan tong sampah dan plastik sampah bagi setiap khemah.
- Menyediakan pembantu untuk mengutip sampah bagi memastikan padang berada dalam keadaan bersih.
- Memastikan kawasan pertandingan bersih sebelum majlis berakhir.
10.
AJK SIARAYA DAN PERTOLONGAN CEMAS
- Menyediakan kemudahan siaraya untuk upacara Kejohanan, Perasmian dan Penutupan.
- Memastikan setiap alatan berfungsi dengan baik.
- Alatan yang diperlukan ialah:
1. Mic 2 (pengacara untuk tetamu
perasmian dan penutupan)
2. Heller 2 (pelepas dan penyelia peserta)
3. Pembesar suara
4. Amplifier
5. Perakam VCD
6. Tempat ucapan
7. Mic stand
2. Heller 2 (pelepas dan penyelia peserta)
3. Pembesar suara
4. Amplifier
5. Perakam VCD
6. Tempat ucapan
7. Mic stand
11. AJK STATISTIK
- Menyediakan format yang khusus untuk mencatat keputusan.
- Menyediakan komputer dan pencetak untuk tujuan merekod peserta ke acara akhir diserahkan kepada sekolah yang mengambil bahagian.
- Menyediakan keputusan kejohanan untuk diedarkan kepada sekolah yang mengambil bahagian.
- Mencatat dan menghebahkan pungutan pingat mengikut jumlah punggutan yang tertinggi pada papan putih yang disediakan.
- Menjumlahkan mata- mata yang diperolehi oleh semua pasukan untuk menentukan pasukan yang berjaya.
- Menyediakan keputusan acara akhir dengan segera untuk diserahkan kepada AJK hadiah untuk majlis penyampaian hadiah.
- Menentukan olahragawan dan olahragawati dengan nasihat Pengerusi Teknik dan Jawatankuasa Pertandingan.
12.
AJK PERALATAN
- Meninjau arena pertandingan mengikut piawaian yang betul.
- Menyediakan keperluan alatan mengikut keperluan acara seperti yang terdapat dalam jadual pertandingan.
- Menyenarai dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan / kerosakan.
- Mengumpul dan menyimpan alatan setelah selesai digunakan.
- Menyediakan 20 orang pembantu padang mengikut keperluan acara.
- Menyelaras pembantu padang mengikut keperluan acara.
- Mengedar peralatan kepada ketua setiap acara (pengesahan semasa terima dan dipulangkan).
- Memastikan kebersihan gelanggang sebelum dan selepas setiap pertandingan.
- Menyediakan jadual tugas di stor alatan.
13.
AJK PERAKAM DOKUMENTASI
- Membuat rakaman semasa kejohanan seperti mengambil gambar dan rakaman video untuk dokumentasi.
- Mengambil nama dan data semua pemenang.
- Membuat dokumentasi dengan kerjasama pengerusi pengelola dan urusetia data selewat- lewatnya 2 minggu selepas kejohanan.